Tips HO Sebelum Refer Peri MO

Antara benda yang HO paling kureng sekali bila nak carry out active plan ialah referral. Sebab kena tahu case betul2 and kena marah tu benda biasa🥰.

Antara Tips dan Adab Kalau Nak Refer Case :

  1. Perkenalkan diri: Lepas MO tu dah angkat telefon sebut nama,department mana, jawatan apa. ‘Saya Ali HO dari surgical’
    Senang je kan? Tapi ramai orang tak boleh nak buat. Ni dikira salam perkenalan la katakan
  2. Nama patient, ward/bed mana : Part ni rasa tak ramai yang nak tahu nama. Kalau aku ,nak tahu sebab nak isi dalam checklist referral supaya senang nak follow up. Terpulang dekat siapa yang kau refer. Tapi yang penting last sekali ulang balik nombor ward & bed patient
  3. Tujuan referral : Yang ni kau kena sebut first sekali sebab cara ni boleh attract MO kau tu supaya alert dekat certain2 point yang kau nak present.
    Cth refer for scope. Bos nak dengar Hb, DRE, melena/hematochezia. Kalau kau merepek Underlying panjang lebar & DXT agak2 kena apa2 tak?
    Refer for HD, biasa aku nak dengar urea creat, K, pH HCO3. Korang sebut Na, chloride, wcc, Hb & lain2 tu tak perlu sangat pun.
    Refer anaest for ventilator & etc
    ***1 lagi point kenapa aku suruh korang bagitahu tujuan refer dulu sebab :
    Kau nak refer neuromed, bayangkan kau dah present panjang berjela lepas tu bagitahu ‘i want to refer for uncontrolled DM’
    Tak ke menyesal kat situ.
  4. Underlying : Sebut part yang penting2 je. Tak semua comorbid kau kena cerita. Refer medical tapi sebut h/o fracture hemurus 10 tahun dulu.
    So yang penting pilih comorbid yang relevance untuk diceritakan based on case kau atau pun sebut laju2 semua underlying yang ada. Baru la MO tu tak bosan menunggu.
  5. HOPI : Kat sini korang goreng la apa yang kau nak goreng. Yang penting tahu case atau hafal case sebelum refer. Taknak la time tengah present belek sana, belek sini. Masa orang lain kan berharga so kena hormat sikit.
    Tapi kalau kena present case yang file dah jilid 1 jilid 2 tu kami maafkan. Aku pun faham bukan senang nak baca balik semua tu.
    Sama jugak dengan part UL, cerita apa yang penting sahaja.
  6. Waktu bila nak refer ?
    Waktu paling sesuai ialah betul2 lepas kau habis round. Jadi MO referral tu boleh la cepat2 tengok case kau tu waktu pagi time dia free. Apa yang boleh buat orang sakit hati kalau plan refer cardio(contoh) pukul 9 pagi tapi kau pergi refer peri MO cardio pukul 4.30 petang. Orang nak angkat beg dah ooi.
    Aku boleh ceritakan banyak ni sahaja. Member2 lain kalau ada tambahan aku boleh edit & tambah dalam post ni.

Goodluck pada Houseman ya. Moga lepas ni refer dengan lebih baik 🤞.

Credits : facebook.com/hanif.arshad.3/posts/3386251151393136?_rdc=1&_rdr


Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *